DEFINISI UNESCO
UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) merupakan satu badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945. Ia merupakan sebuah pertubuhan pendidikan, sains dan kebudayaan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Penubuhan UNESCO adalah untuk mempromosi inisiatif kerja sama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan. Badan ini mempunyai 191 keahlian daripada negara-negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Terdapat 5 program utama UNESCO iaitu pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Matlamat utama UNESCO adalah mendukung perdamaian dan keamanan dengan mempromosikan kerja sama antara negara melalui pendidikan, ilmu pengetahuan, dan budaya dalam rangka meningkatkan rasa saling menghormati yang berlandaskan kepada keadilan, peraturan hukum, HAM, dan kebebasan hakiki. (Artikel 1 dari konstitusi UNESCO).
— © UNESCO World Heritage Centre Archaeological Heritage of the Lenggong Valley
— © UNESCO World Heritage Centre Archaeological Heritage of the Lenggong Valley