PERTANDINGAN FOTOGRAFI : 'KEHIDUPAN DI LENGGONG'
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA:
13 APRIL 2013
Terma dan Syarat
- Peraduan ini akan berlangsung dari 11 Mac 2013 hingga 30 Mac 2013
- Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar yang berumur 13 tahun hingga 18 tahun dan guru-guru di Lenggong.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta hendaklah bersetuju untuk terikat dengan peraturan rasmi dan kawalan peraduan serta bersetuju dengan setiap keputusan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Sebarang pertanyaan lanjut dan surat-menyurat tidak akan dilayan pengajur.
- Berdasarkan tema peraduan, peserta dikehendaki untuk menghantar gambar (besar file harus tidak melebihi 2MB) terbaik yang mempamerkan evolusi kreativiti. Setiap gambar MESTI disertakan dengan perkara-perkara berikut : - Satu penerangan kreatif yang menerangkan konsep gambar. Penerangan mestilah tidak melebihi 25 patah perkataan. -Nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat emel. -Peserta dikehendaki menghantar dua keping gambar iaitu sekeping gambar asal dan sekeping gambar yang mengandungi imej peserta sendiri dalam gambar yang berlatar belakang sama atau -Peserta memuat naik dan menghantar gambar menerusi emel atau dalam facebook. -Penyertaan mestilah dihantar menerusi ‘fan page’ peraduan dalam facebook atau menerusi emel. -Hadiah akan diberi secara tunai dan setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan. -Peserta boleh menghantar penyertaan seberapa banyak yang mungkin. Penyertaan yang lewat, tidak lengkap, atau rosak tidak akan diterima. Tidak akan bertanggungjawab untuk penyertaan yang hilang dan sebarang bukti penghantaran tidak akan dijadikan bukti penerimaan. -Setiap gambar yang dihantar mestilah dari hasil kerja peserta sendiri dan belum pernah diterbitkan ditempat lain. - Penganjur akan menyenaraikan pemenang berdasarkan kriteria yang berikut : visual yang menarik, kreatif, asli, dan disertakan dengan penerangan konsep gambar yang menarik. -Para pemenang akan diadili oleh para hakim. -Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan atau mempamerkan nama, gambar, nombor kad pengenalan, dan bandar kediaman peserta untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. -Melalui penyertaan, setiap peserta bersetuju untuk terikat dengan setiap terma dan syarat peraduan. -Penganjur mempunyai hak mengikut budi bicara mutlaknya untuk meminda, memadam atau menambah sebarang Terma dan Syarat dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat mengenai perkara ini tidak akan dilayan.