TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LENGGONG
· Galeri Arkeologi Lenggong
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong turut juga dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan. Pelbagai artifak menarik yang dijumpai di Lenggong telah dipamerkan di galeri ini. Pemilihan lokasi pembangunan muzium ini adalah disebabkan oleh penemuan Kota Tampan sebagai tapak zaman Paleolitik yang telah wujud lebih 74000 tahun dahulu lagi.
· Rekreasi Gua Tok Giring
Rekreasi Gua Tok Giring terletak di Kampung Pecah Batu. Keistimewaan tempat ini adalah pengunjung boleh merasai hembusan angin seperti pendingin hawa jika berdiri di depan muka guanya. Di samping itu juga, terdapat laluan yang menuju ke atas bukit yang membolehkan pengunjung menjumpai bunga Rafflesia dan juga Paku Haji. Terdapat pelabagai kemudahan lain yang disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak,kedai makan dan tandas awam.
· Tasik Raban
Tasik Raban merupakan sumber pendapatan penduduk sekitarnya. Terdapat perkhidmatan memancing dan aktiviti sukan air di Tasik Raban yang membolehkan pengunjung beriadah di sini. Pada tahun 2012 satu Pesta Sukan Air Tasik Raban telah dianjurkan di sini sempena tahun Melawat Perak 2012.
· Lata Kekabu
Lata kekabu merupakan satu kawasan air terjun yang sangat mendamaikan. Kawasan hutannya yang sangat cantik dengan udara yang segar dipenuhi dengan pelbagai pokok seperti Meranti, Kempas, Jelutong, Keruing dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kemudahan tapak khemah, dewan serba guna, surau dan bilik mandi.
· Ladang Rusa
Bermula pada tahun 2000, ternakan rusa telah diperkenalkan dan diternak di Padang Ragut Chuas, Kampung Beng dengan populasi sebanyak 40 ekor, kemudian dikembangkan pula di Padang Ragut Kampung Luat sebanyak 50 ekor betina dan 4 ekor jantan. Ini ialah hasil usaha dan inisiatif pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak bagi menjadikan Lenggong sebagai pusat ternakan rusa yang utama di Malaysia. Ia juga sebagai permulaan untuk mewujudkan "rusa belt" iaitu kawasan yang telah dikenalpasti sebagai pusat tumpuan penternakan rusa meliputi daerah Hulu Perak iaitu dari Gerik hingga ke daerah kecil Lenggong. Padang-padang ragut Jabatan telah dipilih sebagai pusat ternakan rusa untuk dikembangkankan dengan melibatkan kerjasama dari penduduk setempat bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan serta membantu memperkenalkan Lenggong sebagai pengeluar utama ternakan rusa dan produk hiliran lainnya
· Nur Lembah Lenggong
Terdapat pelbagai aktiviti luar yang disediakan kepada pengunjung di Nur Lembah Lenggong. Antaranya ialah lawatan ke gua, trekking di hutan dan pada waktu malam, berakit, berkayak, menuruni bukit dengan tali, flying fox merentasi Sungai Perak, permainan perang, dan mendaki gunung.