MAKLUMAT PROJEK
Kempen Warisan Lenggong merupakan kempen sosial yang dikendalikan oleh 24 orang pelajar tahun akhir, jurusan dalam bidang Komunikasi Pemujukan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar tahun akhir untuk mengaplikasikan konsep-konsep teori dan prinsip-prinsip yang telah dipelajari dalam situasi yang sebenar. Projek ini akan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pelaksanaan kempen, merancang, mereka bentuk atau menghasilkan bahan-bahan kreatif kempen, menganjurkan acara-acara rasmi, sidang akhbar, pameran, dan sebagainya.
Kempen ini diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang pengisytiharan Lembah Lenggong sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) dalam kalangan para pelajar sekolah menengah di Lenggong. Hal ini kerana kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan dan pemahaman golongan muda ini mengenai pengiktirafan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia adalah rendah. Kajian mendapati bahawa mereka kurang peka mengenai pengiktirafan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia. Oleh itu, golongan ini perlu didedahkan dengan pengetahuan mengenai Tapak Warisan Dunia supaya mereka dapat melihat kepentingannya, selain mendorong mereka untuk terlibat sama dalam usaha mengekalkan status Tapak Warisan Dunia di Lenggong.