KEMPEN WARISAN LENGGONG
Kempen Warisan Lenggong merupakan kempen sosial yang dikendalikan oleh 24 orang pelajar tahun akhir, jurusan dalam bidang Komunikasi Pemujukan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM).
Tujuan:
- Untuk memberi peluang kepada pelajar tahun akhir untuk mengaplikasikan konsep-konsep teori dan prinsip-prinsip yang telah dipelajari dalam situasi yang sebenar.
- Projek ini akan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti pelaksanaan kempen, merancang, mereka bentuk atau menghasilkan bahan-bahan kreatif kempen, menganjurkan acara-acara rasmi, sidang akhbar, pameran, dan sebagainya.
- Pada tahun 2013, kami akan menganjurkan satu kempen untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar tempatan di Lenggong mengenai Lembah Lenggong yang telah diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) pada 30 Jun 2012 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
- Kempen ini adalah untuk membantu komuniti di Lenggong serta mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menghargai dan memelihara warisan serta peninggalan sejarah di Lenggong.