PERTANDINGAN BUKU SKRAP: 'LENGGONG TANGGUNGJAWAB SAYA'
Elemen 1 - “Lenggong Tanggungjawab Saya”
Berteraskan warna-warni sejarah, kehidupan komuniti, tempat-tempat menarik, latar belakang masyarakat atau apa-apa sahaja yang difikirkan relevan untuk disampaikan kepada masyarakat luar.
Elemen 2 – Idea Penghasilan Kraftangan atau cenderahati
Bagi memenuhi tema ini, anda juga perlu menyertakan gambaran atau lakaran idea produk kraftangan atau cenderahati yang ingin dipromosikan kepada masyarakat luar. Idea kreatif yang bakal anda cipta perlu menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada di Lenggong. Gunakan kreativiti anda untuk menyatakan langkah-langkah penghasilan produk. Contohnya : tembikar diperbuat daripada tanah liat, produk-produk anyaman, terompah dan sebagainya.
Peringatan : Setiap buku skrap WAJIB mempunyai kedua-dua elemen ini.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 5 APRIL 2013