PROSES PENGIKTIRAFAN LENGGONG SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA (TWD).
Lembah Lenggong telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada 30 Jun 2012. Pengiktirafan ini bukan sesuatu yang mudah didapati kerana kajian telah dibuat sejak tahun 1992 manakala kertas maklumat pula dibuat sejak 2009 lagi dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Tambahan lagi, pengiktirafan ini cukup bermakna bagi Kerajaan Negeri Perak kerana tahun 2012 merupakan Tahun Melawat Perak.
Pengiktirafan yang berkaitan dengan hasil penemuan beberapa artifak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja-kerja eskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lepas ini telah membuktikan wujudnya penempatan awal manusia pra-sejarah di Malaysia iaitu peradaban manusia tertua di luar Afrika apabila rangka manusia Perak Man dan bengkel pembuatan alat batu zaman paleolitik secara in-situ ditemui.
YBhg Profesor Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid, Pesuruhjaya Warisan telah mengetuai delegasi bagi mewakili Malaysia ke mesyuarat World Heritage Committee sesi ke-36 yang diadakan di Saint Petersburg, Rusia. Hadir sama ialah Prof Dr A Ghafar Ahmad, Puan Maimunah Mohd Sharif, Encik Wilfred Landong dan Encik Syahrin Abdullah. Malaysia adalah antara 21 buah negara yang menggangotai World Heritage Committe.
Watikah pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia telah diserahkan oleh wakil UNESCO Dr Hubert J. Gijzen kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semasa perasmian Hari UNESCO Malaysia pada 3 Nov 2012 yang lalu. Watikah berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Lanjutan daripada itu, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Jabatan Warisan Negara serta Kerajaan Negeri Perak mengadakan satu majlis bagi meraikan kejayaan pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Warisan Dunia UNESCO pada Sabtu 10 Nov 2012 pukul 2.30 petang di Dataran Lenggong, Perak.