PENEMUAN ARKEOLOGI DI LENGGONG
i. Perak Man
Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang ditemui di Malaysia. Rangka Perak man ditemui di Gua Gunung Runtuh, Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada tahun 1991. Perak Man merupakan rangka seorang lelaki terlengkap di Asia Tenggara berumur 10 000-11 000 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada usia lebih kurang 40-50 tahun dan dikatakan hidup lebih lama berbanding masyarakat sezaman nya yang hanya hidup selama 20-30 tahun sahaja. Ketinggian Perak Man adalah 154 cm dan beliau dilahirkan dengan kecacatan genetik (Brachymesophalangia). Perak Man telah dikebumikan dengan satu upacara pengebumian dalam keadaan berlipat iaitu kedua-dua kakinya dilipatkan ke bahagian badan dan tangannya diletakkan di atas dada dan bahu. Bersama-sama rangkanya turut ditemui, cebisan tulang daripada pelbagai spesies haiwan yang telah dibakar, perkakas batu, dan 2878 siput sedut yang ditaburkan di sekeliling badannya.
ii. Perak Woman
Perak Woman ditemui di Gua Teluk Kelawar, Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada tahun 2004. Usia rangka Perak Woman dianggarkan 8000 tahun. Perak Woman mempunyai ketinggian lebih kurang 148 cm dan meninggal dunia pada usia sekitar 40 tahun.
iii. Kebudayaan Neolitik
Kebudayaan Zaman Neolitik di Lenggong dapat dilihat di Gua Harimau apabila menemui tapak pengkebumian manusia seterusnya membawa kepada penemuan sebanyak 11 rangka manusia di situ. Rangka manusia tersebut dianggarkan berusia antara 2000 hingga 5000 tahun. Turut ditemui bersama 11 rangka manusia tersebut ialah bekas tembikar, alat batu, kapak gangsa, perhiasan badan dan sisa makanan. Penemuan ini telah mendedahkan bukti pengkebumian zaman Neolitik-Logam dengan penemuan acuan dan kapak gangsa yang terawal sekitar 4000 tahun dahulu. Penemuan ini membuktikan bahawa pembuatan gangsa tidak hanya wujud atau berlaku di kawasan utara dan tengah Thailand sahaja.
iv. Bengkel pembuatan peralatan batu Paleolitik
Kota Tampan merupakan satu tempat yang berfungsi sebagai tempat pembuatan alatan batu paleolitik sekitar 74000 tahun dahulu. Penemuan tapak pembuatan alatan batu ini menunjukkan klasifikasi dan teknologi pembuatan alatan batu masyarakat yang hidup pada zaman itu. Ekskavasi Kota Tampan pada 1987 telah menemui kira-kira 50,000 alat batu yang terdiri daripada batu pelandas, batu teras, batu pemukul, sisa serpihan dan puingan. Tapak ini dikatakan ditinggalkan akibat daripada ledakan gunung berapi Toba di Sumatera iaitu 250km dari situ. Selain itu, penemuan tapak pembuatan peralatan batu ini juga dapat ditemui di Bukit Bunuh. Penemuan penggunaan kapak genggam pada tahun 2009 menunjukkan bukti bahawa kawasan ini merupakan tapak Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu dan berterusan digunakan daripada semasa ke semasa sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu. Kapak genggam ini juga merupakan kapak genggam tertua di dunia yang ditemui.
v. Bukti Impak Meteor
Penyelidikan di Bukit Bunuh juga telah menemui bukti tentang sebab kemusnahan budaya awal Paleolitik. Kemusnahan budaya awal paleolitik adalah akibat daripada jatuhan meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu yang telah dikenal pasti melalui bukti geomorfologi, kehadiran batuan suevit dan geologi kawasan.
vi. Debu Volkanik Toba
Keseluruhan bahagian lembah di Lenggong terutamanya di bawah 72 meter di atas aras laut, dipenuhi dengan material yang berwarna keputihan dan dikenali sebagai batu atau tanah putih oleh masyarakat di sini. Sebenarnya ia adalah debu volkanik yang berasal daripada letusan Toba, di Sumatera, Indonesia, sekitar 75,000 tahun dahulu. Kehadiran debu Toba di semenanjung Malaysia telah direkodkan di beberapa lokasi seperti lembah Sungai Perak,barat Pahang, Selangor dan di Baling, Kedah. Pada tahun 2007, USM telah memetakan taburan debu Toba ini di Lembah Lenggong yang didapati mencapai ketebalan 7-10 meter, bertaburan sekitar 70km persegi. Tambahan lagi, bencana ini berkemungkinan telah mengakibatkan kepupusan zaman pra-sejarah Kota Tampan.